Wednesday, 1 August 2012

Zaman Renaissance

ZAMAN RENAISSANCE
Pengenalan


Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani di Eropah. Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975:
"Di Italy Renaissance bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin.:1999:43).
Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17.

Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan Columbus mengelilingi dunia untuk membuktikan bumi ini berbetuk bulat dan bukan berbentuk rata. Zaman ini juga merupakan zaman penghidupan semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia sezaman. Mereka telah berjaya mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-aspek baru yang dikemukakan oleh mereka sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh dibuktikan, yang selaras dengan semula jadi dan yang dapat difahami oleh pengetahuan manusia; (Wan Abdul Rahman Latif et. Al.:1996:184-185).

Selain itu, perkembangan intelektual dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat sejak kurun ke-12 lagi apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur. 





Sebab-Sebab Kelahiran Renaissance


Terdapat beberapa sebab yang mempercepatkan lagi proses Rennaissance. Satu daripadanya ialah kemajuan Islam sebagai sebuah kuasa yang besar. Kehadiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang berbekalkan wahyu dan kitab Al-Quran daripada Allah telah mewujudkan satu keadaan yang aman dan maju. Kesedaran untuk menuntut ilmu seperti yang telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad telah mengakibatkan ramai orang Islam berusaha menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada orang ramai.

Kemunculan Sepanyol sebagai sebuah negara Islam telah menyebabkan ramai orang Eropah terutamanya jirannya, Itali, datang menuntut ilmu di sana. Umpamanya, Christopher Colombus dari bandar pelabuhan kapal Genoe, Italy, tahu kewujudan benua di barat Eropah melalui rujukan kepada tulisan-tulisan kitab geografi yang dikarang oleh tokoh Islam yang terkenal, Ibn Rusyd.

Jelaslah disini bahawa umat Islam merupakan guru kepada masyarakat Eropah. Menurut Dr. Gustane Len Bon di dalam bukunya, "Islamic and Arab Civilization":
"Orang Muslim mengkaji sains dengan bertujuan untuk penggunaannya. Oleh itu adalah tepat untuk memberi gelaran kepada tamadun orang Muslim sebagai guru kepada Eropah (Europe's Professor) kerana melalui mereka sains Romawi dan Yunani ditemui semula dan dikembalikan kepada Eropah semasa ia keluar dari Zaman Kegelapannya". (Sulaiman Noordin.:1999:43).
Selain itu, pihak gereja juga memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan lagi proses rennaissance. Pihak gereja amat berkuasa pada masa itu sehingga melampaui batas dan menindas kebebasan aliran agama. Ia juga menindas kebebasan individu, ekonomi dan pelajaran. Oleh itu, rakyat telah bosan dengan konkongan itu dan inginkan perubahan.

Pada tahun 1500 Masihi, orang Eropah sudah mula dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ramai rakyat telah berhijrah ke Sepanyol untuk menuntut ilmu. Menurut Briffault, seorang sarjana Inggeris dalam bukunya, Making of Humanity:
Roger Bacon (1241-1294) pada mula-mula lagi telah mempelajari bahasa Arab dan Sains Arab. Roger Bacon dan Francis Bacon (1561-1629), kedua-duanya boleh dikatakan telah memperkenalkan kaedah percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak lain dari seseorang yang memperjuangkan sains dan metologi sains yang dibina oleh Tamadun Islam ke Eropah. Walaupun beragama Kristian, beliau tidak penat mengisytiharkan kepada rakan-rakannya bahawa untuk menuntut ilmu yang sebenar, jalannya hanya melalui bahasa Arab dan sains yang dibina oleh Arab. (Gibb dan Christopher.:1986:17).
Zaman Kegemilangan Renaissance


Asas paling penting yang merujuk kepada zaman ini ialah penonjolan kepada keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalahnya. Pemikiran lebih dikenali sebagai humanisme. Tokoh humanisme yang terkenal ialah Francesco Petrarch. Petrarch telah memuji karya klasik dan puisi Latin dan menyeru orang sezamannya agar mengkaji karya-karya klasik dan memperbaiki bahasa Latin dan akhirnya beliau telah menjadi seorang sarjana yang masyhur di Eropah;(Wan Abdul Rahman Latif.:1996:1895). Tokoh-tokoh lain yang terkenal adalah Niccolo Machiavelli danGiovanni Bocaccio. Semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat juga merupakan semangat yang wujud pada waktu itu.

Zaman Renaissance bermula di Itali pada kurun ke-14 dan berkembang ke Eropah pada akhir kurun ke-17. Di Itali, muncul bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan dan bandar-bandar ini dijadikan pusat perdagangan antarabangsa. Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean menjadikan Itali muncul sebagai persimpangan utama dan seterusnya melangkah sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Bandar-bandar ini juga menjadi pusat perkembangan idea baru kerana di situlah berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama; (Christine Parsons dan Leanne Wilson.:1996:107-108).

Aktiviti perdagangan yang berlaku di Itali telah membawa pedagang-pedagang kaya datang berdagang disini. Kumpulan ini akhirnya dikenali sebagai 'patron'. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence. Golongan ini telah menarik para cendekiawan dan seniman untuk memajukan bandar mereka. Pada waktu yang sama, para cendekiawan dan seniman ini bermusafir dari bandar ke bandar untuk mencari ilmu pengetahuan dan menyiapkan tugasan. Justeru, tugas penyebaran ilmu telah berlaku diseluruh Itali.

Paus di Rom turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Penguasa Gereja mencemburui pencapaian bandar serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici di Rom. Mereka juga menaruh harapan untuk mencantikkan bandar Rom seperti di Florence. Namun, mereka tidak bersedia untuk menampung ahli sains dan ahli matematik kerana bimbang golongan ini akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh pihak Gereja. Seperti yang kita ketahui, para saintis lebih menekankan penekanan dalam kaedah pemerhatian dan penggunaan akal dan logik dalam sesuatu fenomena alam. Sebaliknya, pihak Gereja lebih menekankan penjelasan tradisional. Perselisihan pendapat ini dapat dilihat melalui perselisihan faham Galileo Galilei.

Perselisihan faham Galileo Galilei bermula apabila beliau telah mengeluarkan pendapat beliau bahawa Matahari merupakan pusat alam dan bukannya bumi seperti yang telah dinyatakan oleh pihak gereja. Hal ini telah membimbangkan pihak gereja kerana penfapat yang dikeluarkan bertentangan dengan ilmu mereka. Oleh itu, Galileo Galilei telah ditangkap dan hampir dibakar hidup-hidup sebagai balasan kepada pernyataannya. Namun beliau telah sempat menarik balik pendapatnya itu dan hanya dihukum penjara seumur hidup; (Sulaiman Noordin.:1999:60-62).

Kerana mencurigai para saintis, pihak Gereja di Rom lebih menekankan kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja. Oleh itu, muncullah pengukir dan pelukis terkenal seperti Leonardo da Vinci, Raphael danMichelangelo yang ditugaskan mencantikkan gereja dan katedral di Rom. Dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom. Pada Zaman Pertengahan, sumbangan dalam bidang seni tidak begitu menyerlah. Ini adalah kerana pelukis dan pengukir bekerja secara berkumpulan. Namun semuanya berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian. Bakat mereka dapat digilap sepenuhnya dan kemahiran mereka mula dihargai oleh orang lain. Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo dikenali sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat dan amalan begini dikenali sebagai 'individualisme'.

Penekanan terhadap keupayaan individu telah membawa perubahan kepada konsep pendidikan. Pada zaman Renaissance, pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual dan fizikal telah ditekankan. Pembinaan kemahiran ini digalakkan di kalangan individu. Contoh yang dapat dilihat ialah Leonardo da Vinci, bukan sahaja terkenal dalam bidang seni lukis dan seni ukir namun dikenali dalam bidang ilmu yang lain.

Tokoh-tokoh Renaissance juga telah muncul di beberapa negara Eropah yang lain. Di England contohnya, muncul pemikir seperti Thomas More,Francis Bacon dan William Shakespeare. Tokoh pemikir ini telah terkenal dalam bidang masing-masing seperti falsafah sains, matematik, astronomi, dan lukisan. Melalui merekalah, kita dapat melihat penciptaan yang agung dalam bidang seni bina, seni pahat patung, seni lukis, seni muzik, pertumbuhan kesusteraan kebangsaan dan kemajuan dalam ilmu sains dan perubatan; (Wan Abdul Rahman Latif et al.:1996:190)

Kesan-Kesan Zaman Renaissance


Zaman Renaissance telah banyak merubah manusia pada abadnya. Kesan ini didorong oleh semangatinkuiri yang tinggi. Banyak bidang yang telah berkembang dengan pesatnya. Antaranya ialah bidang seni lukis, seni ukir, politik, persuratan, ekonomi dan sosial.

Perubahan yang berlaku dalam bidang politik ialah munculnya satu monarki baru. Monarki Baru yang di maksudkan berasaskan kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Sistem ini bertambah kuat dengan amalan pembayaran cukai kepada pusat pentadbiran. Apabila pentadbiran berjalan lancar dan kuasa raja dipulihkan, dengan automatik kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan dapat dikurangkan. Monarki Baru ini dapat dilihat di negara-negara seperti Portugal, Castile dan Sepanyol (Aragon), England, Belanda dan Perancis.

Selain itu, kegiatan ekonomi juga berubah pada zaman ini. Kegiatan sara diri yang diusahakan selama ini kian pupus. Peristiwa ini berlaku kerana perdagangan tempatan dan antarabangsa berkembang dengan maju. Mereka juga telah menjajah suatu kawasan untuk dijadikan tempat mendapatkan bekalan makanan terutamanya rempah ratus. Kemajuan perdagangan ini telah mencetuskan penjelajahan dan penerokaan oleh orang-orang Eropah. Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi dan astronomi turut berkembang seiring dengannya. Penekanan dalam keobjektifan dan eksperimen pula telah mengakibatkan perkembangan dalam bidang biologi, fizik, kimia dan perubatan.

Dari sudut sosial pula, kesan yang dapat dilihat di zaman ini adalah perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia pada zaman ini dapat menzahirkan emosi mereka dengan baik dan ia diluahkan melalui muzik, lukisan dan ukiran. Selain itu, masyarakat juga lebih menekankan pendidikan yang dalam aspek pemikiran, logik, saintifik, falsafah dan metafizik; (Nik Hassaan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman.:219-220).

Perkembangan ilmu pengetahuan tanpa kongkongan pihak gereja juga merupakan kesan yang jelas kelihatan sehingga ke hari ini. Mereka telah menghasilkan penemuan-penemuan yang bermanfaat dalam bidang sains dan teknologi, sastera, dan pemikiran yang bernas. Namun perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menafikan adanya Pencipta atau menggalakkan manusia melupakan PenciptaNya; (Sulaiman Noordin.:1999:63)


Tokoh-Tokoh Zaman Renaissance


KESUSASTERAAN RENAISSANCE

Francesco Petrarch
Beliau dilahirkan pada 1304 dan meninggal pada tahun 1374. Beliau amat meminati ilmu sehingga tertubuhnya perpustakaan. Perpustakaan ini mengandungi koleksi agung karya tamadun Rom dan Yunani yang telah diterjemah oleh cendekiawan Islam dan paderi-paderi Katolik. Setelah beliau membaca karya-karya tersebut, beliau mendapati bahasa berlaku percanggahan. Dengan itu, penyelesaian yang terbaik ialah memerhati perkara yang telah dan akan ditulis. Kaedah ini telah mewujudkan sistem pemerhatian dalam penilaian atau penulisan.


Dante Aligheri
Beliau telah dilahirkan di ibu kota Florence pada tahun 1265. Di samping menjadi seorang pemuisi yang terkenal, beliau juga seorang saintis dan seorang yang terpelajar. Hasil beliau yang terbaik ialah "Divine Comedy" yang mengisahkan perjalanan melalui syurga dan neraka. Beliau mati pada tahun 1321.


Giovanni Boccaccio
Boccaccio telah lahir di Florence pada tahun 1313. Beliau adalah seorang daripada penulis Itali yang terawal dipengaruhi oleh karya klasik Yunani. Buku beliau yang terkenal ialah "Decameron" yang mengumpulkan pelbagai kisah yang menarik. Beliau mati pada tahun 1375; (W. Williams.:1967:97-98).


AHLI FIKIR

Niccolo Machiavelli
Beliau dilahirkan pada 1456 dan mati pada tahun 1527. Beliau telah mengarang sebuah buku yang terkenal sehingga hari ini iaitu "The Prince". Di dalam bukunya, beliau menyarankan bahawa pemerintah mempunyai kuasa mutlak dan rakyat harus takut kepada pemerintah dan harus memberikan sepenuh kesetiaaannya kepada raja, barulah kepada Gereja Katolik.


AHLI SENI

Leonardo da Vinci
Beliau merupakan seorang manusia contoh pada zaman Renaissance ini. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1452. Beliau seorang yang versatil, iaitu seorang yang menguasai kesemua bidang ilmu seperti seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi serta perang dan ketenteraan. Antara sumbangan beliau yang terkenal ialah potret Monalisa dan anatomi manusia.


Raphael
Nama sebenar beliau ialah Sanzio Raphael. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1483. Beliau adalah salah seorang pelukis yang berbakat besar pada zaman Rennaissance. Antara karyanya yang terbaik ialah lukisan "Madonna" yang terletak di dalam Sistine Chapel di Rom. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1520 dan telah banyak menghasilkan karya-karya yang menarik.


Michelangelo
Michelangelo juga seorang pelukis Florence yang hebat serta bagus dalam semua bidang. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1475. Beliau adalah seorang pengukir, arkitek, pemuisi dan seorang jurutera. Karya pertama beliau ialah "The Last Judgement", sebuah lukisan yang telah dilukis di siling Sistine Chapel di Rom. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1564.


LAIN-LAIN

Thomas More
Beliau merupakan seorang ahli sasterawan yang terkenal di Utara Eropah. Sir Thomes More telah dilahirkan pada tahun 1478. Karya terbaik beliau ialah "Utopia" yang telah dipasarkan pada tahun 1516. Utopia mengisahkan kehidupan yang ideal, kerajaan yang sepatutnya dan karya ini ditujukan khusus pada Zaman Pertengahan. Oleh itu, Sir Thomas More telah dihukum bunuh pada tahun 1535 oleh Raja Henry VIII apabila beliau enggan meninggalkan Gereja Roman Khatolik.


Desiderius Erasmus
Desiderius Erasmus telah dilahirkan pada tahun 1469. Beliau merupakan seorang yang terpelajar daripada Rottenham yang banyak menulis buku tentang penyelewengan yang telah berlaku di gereja. Karya terbaik beliau ialah "In Praise of Folly". Di dalam buku ini, Erasmus telah mentertawakan kepercayaan karut dan mengendahkan banyak paderi. Beliau juga merupakan seorang daripada penggubal Wasiat Baru New Testament" di Greek. Beliau meninggal dunia pada tahun 1536.


Geoffrey Chaucer
Caucer adalah seorang pemuisi Inggeris yang popular sebelum William Shakespeare. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1340. Antara hasil karyanya yang terbaik ialah "The Canterbury Tales". Di dalam karya ini, beliau telah mengadunkan idea daripada Boccaccio dan Petrarch. Karya ini menceritakan kehidupan di England pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1400; (W. Williams.:1967:98-107).


Francis Bacon
Francis Bacon telah dilahirkan pada tahun 1561. Beliau merupakan ahli falsafah dan negarawan England yang terkenal yang melopori kajian tentang pemikiran saintifik moden. Karyanya bertajuk "The Advancement of Learning" yang telah dihasilkan pada tahun 1605, menerangkan cara-cara kajian baru dalam bidang sains isitu cara konduktif. Konduktif yang dimaksudkan ialah membuat percubaan sains, membuat kesimpulan umum terhadap ujian dan akhirnya menguji sendiri percubaan umum berkali-kali untuk membuktikan kebenarannya. Karyanya yang lain ialah Novum Organum pada tahun 1620. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1626; (Jayaudin Jamauddin.:2002:364)

Kronologi Zaman Renaissance


TahunPeristiwa
1306Artis Italy, Giotto di Bondone melukiskan 'Frescoes' (lukisan dinding) yang seakan hidup berbanding dengan lukisan pada tahun pertengahan.
1308Dante Alighieri memulakan penulisan buku 'The Divine Comedy'dalam bahasa Italy dan bukannya bahasa Latin.
1387Geoffrey Chaucer memulakan karya 'The Canterbury Tales' yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Universiti Florence menerima seorang professor pertama daripada Greek.
1453Constantinople telah ditawan oleh pihak Turki dan mengakibabkan ramai cendekiawan berhijrah ke Itali.
1454Johannes Guttenberg memulakan pencetak yang mudah alih. Pada tahun 1476, William Caxton mula mencetak di London.
1478Lorenzo de Medici menjadikan Florence sebagai pusat kesenian dan pembelajaran. Sementara itu, Sandro Botticelli siap melukis lukisan yang diberi nama Primavera (musim bunga).
1503Pembinaan semula bangunan St. Peter di Rom bermula. Leornado da Vinci mula melukis lukisan 'MonaLisa'.
1508Michelangelo melukis di siling Sistine Chapel di Vatican City di Rom.
1513Niccolo Machiavelli, penulis politik Itali menulis karya agungnya, 'The Prince' yang menyatakan teori tentang kerajaan.
1516Sir Thomas More menyiarkan karya 'Utopia'.
1532Hans Holbein, artish Flemish, bekerja di England.
1543Nicolas Copernicus menyatakan ideanya terhadap sistem solar.
1590William Shakespeare menulis teater di England.

No comments:

Post a Comment