Wednesday 1 August 2012

Sejarah Tingkatan 4 - Bab 9

Perkembangan di Eropah 

Terdapat beberapa ciri yang membuktikan kemunculan Zaman Gelap. Satu daripadanya ialah kemerosotan dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan dan perbandaran. Pada masa yang sama, dunia Islam sedang berkembang dengan pesatnya. Dalam dunia Islam, muncul kerajaan-kerajaan yang agung seperti Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Oleh itu, keunggulan dunia Islam telah banyak memberi inspirasi kepada bangsa Eropah.

Masyarakat Eropah pada masa itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang dipimpin dan golongan yang memimpin. Golongan pemimpin dikenali sebagai raja dan bangsawan. Kaum bangsawan yang diberikan tanah kekuasaan raja dan berkhidmat kepada raja dikenali sebagai 'Vassal'. Di bawah vassal ini terdapat juga kaum bangsawan kedua dan juga kaum bangsawan ketiga; (Jayaudin Jamaudin.:2002:39). Kuasa raja juga telah didapati berkurangan. Kuasa itu telah diagihkan kepada kalangan tuan besar/tanah (Lords) yang mempunyai keistimewaan dan kekebalan. Hanya raja-raja yang berkuasa besar seperti Carolingians yang pertama (Carolingians I) boleh menyatukan mereka; (Wan Abdul Rahman Latif et al.:1996:156).

Setelah kuasa Rom runtuh, pentadbiran wilayah-wilayah juga tidak teratur. Keadaan ini telah membawa kepada kemunculan satu kuasa yang digelar Baron ataupun tuan tanah. Keadaan hidup yang tidak menentu mengakibatkan para petani terpaksa meminta perlindungan daripada tuan tanah. Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan, para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah. Bagi para petani yang tidak mampu untuk membayar cukai tersebut, mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka lalu menjadi hamba kepada baron.

Jika tuan tanah memberikan perlindungan kepada para petani, tuan tanah pula meminta pertolongan daripada golongan raja. Perhubungan yang ringkas ini telah menjadi asas kepada sistem yang dipanggil 'Sistem Feudal'. Sistem feudal di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem yang diamalkan pada Zaman Kesultanan Melaka. Raja pada zaman itu merupakan penaung sesebuah negara. Raja-raja di negara kita memiliki tanah secara mutlak. Golongan pembesar pula berkhidmat untuk pihak raja. Rakyat biasa juga turut memberikan perkhidmatan kepada golongan pembesar dan ada juga dikalangan mereka hamba kepada golongan pembesar ini.

Berbalik kepada sejarah Eropah, satu lagi ciri Zaman Gelap ialah kekuasaan kuasa Gereja Katolik. Pada masa itu, gereja Katolik merupakan satu kuasa yang berpengaruh dan amat kaya. Namun, pihak gereja hanya menekankan ilmu yang berkaitan dengan keagaman ilmu keakhiratan sahaja. Pengaruh agama ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuklah menyediakan kemudahan pendidikan. Dengan itu, pihak gereja telah mengongkong rakyat jelata. Kesan pengaruh agama Kristian yang ketara apabila masyarakat menerima apa yang disuruh tanpa usul periksa. Biarpun begitu, dikalangan pihak gereja, sikap pentingkan diri berlaku dalam bentuk kemewahan hidup. Amalan rasuah dikalangan mereka juga berlaku;(Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:92).

Pada Zaman Pertengahan pula, perdagangan tidak berlaku dengan meluas. Ini adalah kerana kawasan perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh orang gasar (Barbarian) seperti Viking dan Magyar. Selain itu, kawasan laut Mediterranean pada masa itu telah dikuasai oleh orang Islam. Justeru, orang Eropah tidak dapat belayar jauh dan hanya menumpukan kepada sector pertanian. Perniagaan pada masa itu berasaskan sistem barter iaitu sistem pertukaran barang dan matawang pada masa itu amatlah terhad.

Setelah Zaman Pertengahan berakhir, Zaman Moden Eropah pun bermula pada tahun 1500. Organisasi sosial Eropah turut berubah dengan kemerosotan sistem feudal. Peningkatan hasil dalam sektor pertanian, pertumbuhan bandar dan perluasan sektor perusahaan telah memberi peluang kepada golongan 'serf' bebas daripada belenggu tuan tanahnya. Melalui perkembangan sektor ekonomi yang berasaskan wang, muncul satu golongan baru yang dikenali sebagai usahawan. Ini telah mengurangkan pengaruh sistem masyarakat feudal; (Jayaudin Jamaudin.:2002:40).

Zaman di antara Zaman Renaissance dan Zaman Gelap dikenali sebagai Zaman Kemuncak Pertengahan. Pada waktu ini, gereja telah kembali menjadi institusi yang universal dan agen penyatuan. Peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan telah membawa kepada munculnya bandar-bandar seerti Venice, Milan dan Florence. Kelas pertengahan seperti artisan, pedagang, dan ahli perbankan telah wujud dan perubahan dari segi politik dapat dilihat apabila rakyat mula terlibat dalam bidang ini. 

ZAMAN GELAP
Kronologi Sistem Feudal


TahunPeristiwa
Lewat 400sKejatuhan Kerajaan Rom telah membawa kepada kejatuhan sistem perundangan di Eropah Barat.
700sSistem feudal mula bergerak di kalangan orang Perancis berdasarkan penyusunan semula tanah dan pertahanan. Ancaman orang Islam di Sepanyol telah mengakibatkan sistem ini semakin merebak.
Golongan Vassal dipaksa menyediakan askar kepada tuannya.
1066Kaum Norman membawa sistem feudal ke England dan memperkembangkannya.
1100Sudah menjadi kebiasaan pada masa itu dimana anak lelaki pertama akan mewarisi semua harta kepunyaan bapa mereka.
1200sSistem feudal menjadi lebih rumit dengan hubungan antara vassal dan lord dan hubungan lord dengan raja.
1215Raja John telah menandatangani perjanjianMagna Carta yang mengehadkan kuasa raja di England.
1265Simon de Monford seorang baron telah memanggil rakyat biasa dan ahli gereja yang akhirnya menempa sejarah sebagai persidangan Parlimen pertama di England.
1300sKuasa bangsawan (Knight) semakin berkurangan.


ZAMAN GELAPKehidupan di Zaman Gelap


Kehidupan pada Zaman Gelap boleh dibahagikan kepada lima iaitu kehidupan di Gereja, Zaman Feudal, Kehidupan di istana, Perang Salib dan Bandar Madieval.


Kehidupan Di Gereja
Di dalam zaman Gelap, lelaki dan wanita menghambakan diri mereka kepada pihak gereja. Mereka bekerja, beribadat dan belajar di gereja. Di seluruh Eropah, gereja dijadikan pusat perkembangan ilmu dan sastera. Lelaki dan wanita yang menjadi paderi amat patuh pada peraturan kehidupan yang telah ditetapkan pada tahun 500s. Paderi perempuan sepatutnya seorang yang miskin, tidak berkahwin dan jujur. Paderi lelaki pula hendaklah seorang yang botak, memakai jubah, dan tinggal bersama dengan masyarakat di gereja.

Ketua gereja lelaki dikenali sebagai Abbot; seorang yang mempunyai estet yang besar dan kadangkala mempunyai panglima yang tersendiri. Ketua paderi perempuan pula dikenali sebagai Abbes. Paderi menjalani kehidupan mereka dengan menghabiskan masa mereka beribadat kepada Tuhan, sebanyak lapan kali sehari. Paderi-paderi lelaki makan dan minum bersama di ruang makan dan bekerja di ladang mahupun di bengkel. Pekerjaan mereka ialah menyediakan segala keperluan yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti memasak roti, keju, dan makanan mereka sendiri. Perkara ini amat penting untuk mengelakkan mereka keluar daripada gereja mereka.

Mereka juga menjaga orang yang sakit, memberi makanan dan perlindungan kepada pengembara dan menyalinkan kitab-kitab yang diwarnai dengan warna-warna yang cantik termasuklah ilustrasi. Kitab-kitab yang telah siap dibukukan akan disimpan diperpustakaan untuk tujuan kajian oleh paderi-paderi yang lain. Kitab-kitab ini juga dijadikan sumber rujukan bagi universiti; (Anita Ganeri et al.:2000:84-85).

TahunPeristiwa
Lewat 400sKehidupan di biara yang ringkas telah dijumpai di Ireland, dimana paderi-pedari tinggal berkumpulan di rumah-rumah kecil.
480-550St. Benedict of Nursia menjumpai kehidupan paderi lelaki yang pertama pada tahun 529.
500sSt. Colombia menjumpai biara di Kepulauan Iona.
529Rumah pertapaan orang Eropah pertama dijumpai di Italy (Monte Cassino).
597St. Augustine menemui Biara Inggeris yang pertama di Canterbury.
820Rancangan untuk menentukan Abbey yang baik telah berkembang di seluruh Eropah dan mengubah kepimpinan di biara.
910Cluniac Order telah dijumpai
966Mont St. Michel di Peranchis telah dibina oleh ahli agama.
1042Edward The Confessor (Paderi Edward) telah menemui Westminster Abbey yang pertama di England.
1084Order of Carthusian telah dijumpai.
1098Cistercian Order telah dijumpai.
1100Hospital pertama di biara telah dijumpai oleh Knight St. John yang bertindak sebagai tempat perlindungan bagi pendakwah agama Kristian yang dalam perjalanan ke Tanah Suci (Holy Land).
1119Order of Knight Templar telah dijumpai.
1170-1221Kehidupan Domingo de Guzman, paderi friarDominican.
1181-1226Kehidupan St. Francisof Asisi, pengasas paderi friar Francis.
Lewat 1100sUniversiti Paris telah dikenal pasti.
1189Teutonic Knight telah dijumpai di Baitulmaqdis (Jurussalem).
1225-1274Kehidupan Paderi St. Thomas Aquinas, salah seorang paderi pada Zaman Pertengahan.
1249Kolej Oxford yang pertama telah dijumpai.


Kehidupan di Istana
Istana merupakan lambang kebesaran dan kemegahan sesebuah kerajaan. Sebuah kubu batu yang kuat merupakan sebuah landskap yang biasa yang dilihat di sekitar Eropah dan Asia Timur pada Zaman Pertengahan.

Istana Madieval pertama merupakan sebuah rumah yang berada di bukit-bukit dan mempunyai pagar disekelilingnya yang diperbuat daripada kayu. Istana seperti ini dibina oleh golongan Norman, pendatang England yang lebih awal dari pembinaan kubu Saxon dan Rom. Istana ini kemudiannya diperbesarkan dan diperkuatkan dengan saliran air, dinding batu yang dikawal di menara dan pusat pengumpulan yang dikenali sebagai keep. Istana juga sering dibina dikawasan puncak bukit, pelabuhan, di pesisir sungai dan ditepi-tepi jalan raya.

Istana Madieval merupakan istana persendirian untuk raja ataupun tuan tanah. Di dalam istananya inilah, mereka akan berasa selamat lalu membolehkan mereka merancang strategi untuk menentang musuh. Istana juga bertindak sebagai tempat tinggal walaupun pada awalnya istana merupakan sebuah tempat yang sejuk, tertutup dan tiada sistem pengudaraan yang baik. Pada laman utama, tuan rumah dan tetamunya sering berpesta dengan dihidangkan makanan yang enak-enak belaka yang disajikan oleh orang gajinya. Pada waktu malamnya pula, semua orang di istana akan tidur di lantai berdekatan dengan sumber haba kecuali tuan rumah dan isterinya yang akan tidur di sebuah bilik persendirian yang digelar "solar".

Istana ini akan dikawal oleh askar-askar persendirian tuan rumah ini. Mereka terdiri daripada askar pejalan kaki dan penunggang kuda. Mereka akan dilatih bermain pedang, lembing dan kapak. Sekiranya istana mereka diserang, tuan rumah tidak perlu bimbang kerana askar-askar yang telah dilatih akan berusaha untuk mempertahankannya. Namun peperangan akan mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan. Oleh itu, tembok istana akan dibina dengan tebal supaya dapat menampung serangan meriam. Penggunaan meriam ini telah bermula sekitar tahun 1500s; (Anita Ganeri et al.:2000:84-85).

TahunPeristiwa
500Kerajaan Byzantine membina sebuah istana batu yang kuat dan memagari bandarnya dengan tembok yang kuat.
800sNegara Arab membina istana di Timur Tengah dan Utara Afrika.
950Antara istana yang terawal di Eropah di bina di Doue-la-Fountaine, Anjou, Perancis.
1000sNormans mengusahakan istana di bukit.
1078William (I) mula membina Tower of London, England.
1100sBatu masih lagi menjadi bahan utama dalam pembuatan istana.
1142Pejuang Perang Salib memasuki Krak des Chevaliers di Syria.
1150-1250Beribu-ribu istana telah dibina di German.
1180sIstana yang dilengkapi dengan menara telah dibina.
1200sAskar-askar Perang Salib kembali ke Eropah dan membawa balik lakaran istana yang pernah mereka pergi.
1205Istana Krak des Chevaliers dibina semula oleh pihak bangsawan (Knight).

5 comments:

  1. I dont get this answer for this question their asking in paper 2
    Huraikan faktor faktor yang membawa kepada bermulanya zaman renaissance di itali.
    8markah

    ReplyDelete
  2. Gereja dikatakan beekuasa pada zaman pertengahan.Mengapa?Jelaskan.
    6markah

    ReplyDelete
  3. Gereja dikatakan beekuasa pada zaman pertengahan.Mengapa?Jelaskan.
    6markah

    ReplyDelete
  4. semasa perang salib , orang eropah juga telah mencuri kitab kitab orang islam dan mengambil salah satu perpustakaan islam

    ReplyDelete