Wednesday 1 August 2012

Zaman Reformation

Gerakan Reformation


Reformation berasal daripada perkataan "reform" yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru. Gerakan ini berlaku di Eropah Barat pada kurun ke-16. Gerakan ini membawa perubahan yang besar dalam agama Kristian.

Gerakan ini bermula dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik sejak ke-10 Masihi lagi. Namun, penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam terhadap Gereja Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Usaha ini membawa kepada kekayaan pihak Gereja dengan menyelitkan unsur rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku. Ramai rakyat yang telah mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang bertentangan dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan keagamaan. Selain itu, pihak Gereja turut melakukan banyak penyelewengan terutamanya dalam penjualan sijil Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah.

Gerakan Reformation bermula di Jerman. Kejayaan gerakan ini telah dibantu oleh mesin cetak yang telah dicipta oleh Johann Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan kitab Bible dengan harga yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab Bible dengan lengkap. Martin Luther, seorang profesor teknologi daripada Universiti Wittenburg di Jerman mula menentang amalan Indulgence; (Sulaiman Noordin.:1999:59). Beliau percaya bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya.

Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences iaitu penjualan surat pengampunan dosa yang dilakukan oleh pihak Gereja oleh penganut Kristian yang ingin bertaubat daripada melakukan perkara yang mungkar. Pendirian Luther ini telah mengancam kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini di kenali sebagai mazhab Protestan. Protestan berasal daripada perkataan "protesting" iaitu membantah. Tindakan Luther menandakan bermulanya Zaman Reformation yang didapati berterusan sehingga pertengahan abad ke-16. Mazhab baru ini telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.

Di Switzerland, pemimpin ajaran ialah Huldreich Zwingli. Selepas beliau meninggal dunia, ia diteruskan oleh John Calvin, pelajar undang-undang di Switzerland. Beliau berpendapat bahawa sesorang Kristian hendaklah mengenal TuhanNya. Untuk mengetahui TuhanNya, mereka hendaklah merujuk kepada kitab Bible sebagai rujukan. Manusia juga dikehendaki mengamalkan cara hidup berdisiplin dan menolak sebarang kegiatan yang memberikan keseronokan semata-mata. John Calvin juga tidak mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan. Ajarannya telah mendapat sambutan yang hanyat daripada rakyat ketika itu; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:97-98).

Di dalam perkembangan ajaran Protestan, masih ada penganut yang masih mahu mempertahankan Gereja Katolik. Oleh itu, satu Counter Reformation telah dibuka. Counter Reformation ini bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru". 



Kesan-Kesan Zaman Reformation


Kesan utama yang dapat dilihat dalam Zaman Reformation ini adalah negara-negara Eropah telah berpecah mengikut mazhab masing-masing. Berlaku beberapa perbalahan antara mereka, contohnya perang keagamaan di Perancis pada tahun 1562 yang berakhir pada tahun 1598 dan perang 30 tahun yang telah melibatkan beberapa buah negara iaitu Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.

Kesan Reformasi juga telah menimbulkan kesedaran kebangsaan kerana telah dikaitkan dengan agama Kristian. Fahaman Luther telah menjadi agama Kristian bagi negara Jerman dan Scandavia manakala ajaran Calvin telah menjadi agama kebangsaan negara Belanda dan Scotland dan fahaman Anglican pula telah menjadi agama orang Inggeris. Agama Kristian Katholik telah menjadi agama rasmi bagi negara Sepanyol, Portugal, Poland, Perancis dan Ireland; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:202).

Kesan jangka panjang yang dapat di lihat dalam Zaman Reformation ialah timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab agama Kristian, iaitu bersama-sama mempergiatkan pendidikan sambil menyebarkan ajaran mereka. Zaman ini juga telah memperlihatkan keruntuhan kuasa Gereja. Pada zaman ini, kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa Gereja terhadap kerajaan juga telah berkurang dan kuasa Raja pula telah meningkat. Raja-raja telah merampas kembali tanah-tanah dan segala kekayaan yang dipunyai oleh Pope; (Nik Hassan Sulaiman.:2002:222).

Selain itu, kesan yang paling nyata ialah perkembangan sekularisme atau penduniaan iaitu pemindahan kawalan kegiatan kehidupan yang dahulunya dikawal di bawah hukuman kegerejaan. Penduniaan telah diamalkan pada abad ke-16 terutamanya di negara-negara yang mengamalkan fahaman Protestan. Penduniaan ini bukan sahaja dikenakan terhadap tanah dan cukai kegerejaan tetapi juga dalam hal ehwal pendidikan dan pelajaran; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:202)



Tokoh-Tokoh Zaman Reformation


St. Ignatius Loyola (1491-1556)
Paderi ini merupakan bekas askar yang banyak menghabiskan masanya membaca tentang kehidupan orang agama semasa menjalani rawatan semasa perang. Belia seorang yang sederhana dalam hidupnya dan amalan ini telah menjadi ikutan oleh paderi-paderi muda yang lain. Mereka ini dikenali sebagai 'Jesuit'yang menjadi pemimpin dalam kerja kebajikan dan pendidikan.


Martin Luther
Martin Luther ialah seorang paderi Jerman yang mempelopori gerakan Reformation di Eropah. Beliau menetang kuat segala penyelewengan yang diamalkan oleh gereja Roman Katholik. Pada tahun 1517, beliau telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgence. Martin Luther juga menetang ajaran yang kolot, perbuatan rasuah dan penyelewengan dalam agama. Beliau menggesa umat kristian supaya kembali kepada ajaran Kritian yang murni. Beliau juga telah mengkritik penyalahgunaan kuasa oleh Paus Rom. Menurutnya, hanya kitab suci sahaja yang wajib dirujuk oleh penganut Kristian dan tidak memerlukan sebarang pengantaraan dengan Tuhan; (Jayaudin Jamaudin.:2002:373-374).


John Calvin
Beliau telah memperkenalkan gerakan Reformasi di Switzerland. Beliau telah menggunakan pendekatan yang rasional dan kejayaannya menyesuaikan etika Kristian dengan arus perkembangan masyarakat ketika itu. Menurutnya, Tuhan hanya dapat diketahui dengan merujuk kitab Bible dan dikenali dengan pemerhatian terhadap alam semesta. Beliau juga telah melihat kejayaan sebagai satu budi akhlak yang mulia. Penganut Kristian pula hendaklah mempunyai sifat jimat, rajin dan waras. Beliau juga tidak mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan












No comments:

Post a Comment