Wednesday 1 August 2012

Imperialisme Perancis

Sejak kurun ke-17, mubaligh Kristian telah menyebarkan agama Kristian di Vietnam dan ramai rakyat Vietnam yang telah memeluk agama Kristian menjelang tahun 1800. Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan Raja Minh Mang, beliau telah mengamalkan dasar anti-Kristian. Keadaan ini telah mencurigakan pihak berkuasa Vietnam kerana rakyat Vietnam yang beragama Kristian tidak mengamalkan tradisi tempatan. Oleh itu, pihak berkuasa Vietnam telah menindas mubaligh Kristian dan juga penganutnya. Contohnya, sesiapa yang menganut agama Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dibunuh serta paderi Perancis dijatuhkan hukuman buang ke dalam sungai atau laut.

Kerajaan Perancis telah mengambil alasan ini untuk campur tangan dalam negara Vietnam. Perancis amat berminat untuk menguasai Vietnam kerana ingin menembusi pasaran China melalui Tonkin atau Sungai Mekong. Antara tahun 1850 hingga 1861, Perancis telah menguasai Bandar Saigon dan Cochin-China di selatan Vietnam. Peancis telah dapat menawan keseluruhan negara Vietnam pada tahun 1885 hingga 1886, selama 1 tahun sahaja. Kampuchea dan Laos juga telah ditakluk kerana kedudukannya berhampiran dengan Sungai Mekong; (Abdullah Zakaria Ghazali et al.:2003:190). Namun, campur tangan Perancis di Kampuchea telah dibantah oleh Siam yang mendakwa Kampuchea sebagai sebuah negara naungannya. Kemboja kemudiannya menjadi naungan Perancis melalui perjanjian yang ditandatangani antara Siam dengan Perancis pada tahun 1867. 

No comments:

Post a Comment