Wednesday 1 August 2012

Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campur Tangan British

2.1Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu

Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874. Walaupun sebelum ini British menyatakan tidak mengamalkan dasar campur tangan, tetapi mereka telah mengambil Pulau Pinang, Singapura serta Melaka dan membentuk Negeri-Negeri Selat. Negeri-negeri Selat telah menjalin hubungan dagang yang aktif dengan negeri-negeri Melayu.

Hubungan Negeri-negeri Selat dengan negeri-negeri Melayu.
Negeri-Negeri Selat memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan negeri-negeri Melayu. Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang.

Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu menarik perhatian British.
Negeri-negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu. Pihak British di Negeri-Negeri Selat merasakan mereka perlu segera menguasai negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain.

Revolusi Perindustrian mendesak campur tangan
Revolusi Perindustrain menyebabakan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan. Negeri-negeri Melayu yang kaya dengan biji timah mesti dikuasai untuk mendapat bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka

Terusan Suez dan kapal wap merancakkan persaingan
Pada kurun ke-19, terdapat dua perkembangan penting yang berkaitan dengan jalan laut iaitu penciptaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Kapal wap dapat mempercepatkan perjalanan dan membawa muatan yang lebih banyak. Pembukaan Terusan Suez juga dapat memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.

Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
British bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara, Belanda telah meluaskan kuasanya ke Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina, British tidak akan membiarkan kepentingannya di negeri-negeri Melayu diancam oleh kuasa Eropah yang lain terutamanya Perancis.

25 comments:

  1. mcm mane klau nk wat esei tntang 'Kekayaan hasil bumi kita telah mendorong kuasa-kuasa Barat untuk mengeksploitasinya'...
    1)nyatakan hasil kekayaan bumi negara kita
    2)terangkan cara-cara mengelakkan hasil bumi negara kita daripada dieksploitasi kuasa Barat
    3)nyatakan kesan daripada pengeksploitasian sumber kekayaan negara oleh kuasa Barat
    Minta Pertolongan Ya...Terima Kasih:::...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je mula2 awak kena cari isi2 penting atau tulis isi penting dalam kertas kosong.lepastu you can count on me like one two three i'll be there

      Delete
  2. macam mana nak buat esei "menghubungkait kekayaan hasil bumi di negara kita dengan pendudukan british di tanah melayu" tolong!!!!!!

    ReplyDelete
  3. apakah langkah2 utk mengelakkan campur tangan british di tanah melayu?
    Answer here:kabi.buttowski@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak mulakan kerja kursus

    ReplyDelete
  5. Boleh tak anda meletakkan informasi tentang Bab ini bagi tingkatan 3 kssm

    ReplyDelete
  6. How to made kejian kes use this .

    1)maksud hasil bumi
    2)apakah kegunaan hasil bumi
    3)mengapakah negara barat berminat mendapat hasil bumi di negara kita
    4)sejauh manakah hasil bumi dapat meningkatkan ekonomi negara kita

    Can i answer this?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1)hasil bumi adalah sama dengan hasil iaitu bijih timah.
      2)Contohnya,bijih timah digunakan untuk industri mengetin oleh kuasa Barat,membuat bumbung rumah dan tong minyak.
      3)Negara Barat berminat akan hasil bumi tersebut kerana mereka memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah untuk keperluan kilang perusahaan mereka.
      4)Pada pendapat saya, berdasarkan hasil bumi yang akan berkurang.

      Delete
  7. Negara kita terkenal dengan hasil bumi dan hasil alam.
    Jelaskan bagaimana hasil bumi dan hasil alam dapat
    membawa kemakmuran kepada negara kita.

    ReplyDelete
  8. mcam mana nak buat eise sejarah ni

    ReplyDelete
  9. anda hanya perlukan faktor kemudian huraikan.Berikan contohnya sekali.Jangan lupa guna penanda wacana (^0^)

    ReplyDelete
  10. macam mana nak buat esei tentang kepentingan menghargai kekayaan negara

    ReplyDelete
  11. kenapa pedagang asing berminat dengan hasil bijih timah di negara kita erk? saye tk jumoa jwapn dia , selak ii buku pun tk jumpa jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dah jumpa ke jawapan dia? saya pun tengah cari sekarang ni

      Delete
    2. revolusi perindustrian di Eropah. Kekurangan bijih timah menyebabkan mereka mencari di negara-negara sebelah timur.

      Delete
  12. kenapa pedagang asing berminat dengan hasil bijih timah di negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang wktu tu dh berinovasi.. dah buat macam2 sebab tu diorang perlukan biji timah

      Delete
  13. Mengapakah bijih timah menjadi rebutan kuasa asing

    ReplyDelete