Wednesday 1 August 2012

Penempatan Awal

 
Malaysia merupakan antara kawasan penempatan terawal bagi manusia. Peralatan daripada batu yang dijumpai di Lenggong, Perak dan penemuan yang menakjubkan di Gua Niah, Sarawak telah membuktikan kenyataan tersebut. Di antara penduduk terawal yang masih ada di Malaysia hingga ke hari ini ialah Orang Asli di Semenanjung serta kaum Penan di Sarawak dan kaum Rungus di Sabah. Kehadiran mereka di negara ini berkemungkinan menjangkau lebih 5,000 tahun. Penduduk terawal ini mungkin juga merupakan golongan perintis kepada gerakan penghijrahan manusia ke arah selatan daripada China dan Tibet melalui tanah besar Asia Tenggara serta Semenanjung Tanah Melayu, seterusnya ke Kepulauan Indonesia. Penduduk pertama bangsa Melayu atau Melayu Proto dianggarkan telah bertapak di negara ini pada tahun 1000. Mereka merupakan golongan pelopor yang kedua dan ketiga di dalam gerakan penghijrahan ini. Gerakan penghijrahan ini telah diikuti oleh beberapa lagi golongan seperti Melayu Deutero sepanjang beberapa abad seterusnya. Mereka tiba dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang lebih maju dan baru dalam teknik pertanian dan penggunaan logam. 
 
 
Orang-orang Melayu juga telah bertebaran di segenap pelusuk kepulauan ini, seterusnya menetap dalam kelompok komuniti kecil yang serba lengkap. Ini telah menghasilkan kepelbagaian corak etnik yang kompleks yang dapat dilihat di Malaysia dan Indonesia. Orang-orang Melayu di Semenanjung mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan orang-orang Melayu di Sumatera, dan untuk berabad lamanya Selat Melaka berperanan sebagai laluan yang menghubungkan mereka dari keluarga yang sama dari tempat yang berasingan dan bukan sebagai sempadan pemisah antara dua negara. Orang Melayu dan Orang Asli merupakan pribumi negara Malaysia hari ini dan diiktiraf sebagai Bumiputera. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara di kalangan pelbagai kumpulan Bumiputera, mereka semua berkongsi ciri-ciri tertentu yang melambangkan adat resam masyarakat Asia Tenggara. Ciri-ciri tersebut telah tertanam dalam kehidupan sebagai petani dan nelayan, dan ini dapat dilihat dalam masyarakat kampung di mana kepimpinan dipilih secara muafakat. Walaupun cara hidup orang Melayu banyak dipengaruhi oleh ajaran Hindu dan kemudiannya oleh agama Islam, unsur-unsur asas budaya orang Melayu masih kekal hingga ke hari ini.

 

1 comment:

  1. Maaf kepada penulis ,apa yang amda tulis bukan fakta sebenar.Kerana menurut fakta sebenar yang disahkan pakar sains,bangsa tertua di ISEA dan Sarawak Borneo adalah kaum Dayak iban.kajian ke atas tengkorak purba di Gua Niah yang dikenali sebagai Deep skull yang berusia 50,0000 tahun disahkan pakar sama demgan Iban.Malahan kajian Genom manusia juga mengesahkan Iban jauh tua dari oramg asli di Malaya.Kaum Penan bukan prribumi asli Borneo tetapi dipercayai suku yamg berhijrah dari Taiwan 3000 tahun yang lalu .Penan berasal dari suku Kenyah.(Ras berlulit cerah dan bermata sepet macam orang china.)sebab iru di Sarawak Penan tidak disebut Dayak tapi disebut Orang Ulu .Dayak itu maksudnya orang asal Borneo.Boleh lawati fakta di pages Ibanology

    ReplyDelete