Wednesday 1 August 2012

Imperialisme Jerman

Imperialisme Jerman di Asia Tenggara bermula apabila Jerman berjaya menguasai Papua New Guinea dan beberapa pulau di Lautan Pasifik. Walaubagaimanapun, Jerman gagal menguasai kawasan di Asia Tenggara. Justeru, syarikat perdagangan Jerman dan orang perseorangan giat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa seperti di Singapura, Manila, Bangkok dan Negeri-negeri Selat. Syarikat-syarikat ini telah membuka ibu pejabatnya di Singapura. Antaranya ialah Norddeautscher Lloyd yang merupakan syarikat perkapalan kedua terbesar di dunia. Strait Trading Company; syarikat melebur bijih timah yang pertama di Tanah Melayu dan mempunyai modal dan teknik yang canggih dan Keluarga Huttenbachs yang menguruskan firma eksport dan import di Pulau Pinang dan Singapura dan membekalkan kuasa elektrik di beberapa kawasan di Tanah Melayu seperti Kedah, Perak, dan Negeri Sembilan. 

1 comment: