Wednesday 1 August 2012

Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malayan dan Darurat

3.1 Penyusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis

  • Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pada pertengahan ke-19
  • Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
  • Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis.
  • Feudal - Sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh golongan bangsawan
  • Imperialis - Negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
  • Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian.
  • Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China

3.1.1 Cara Penyusupan Komunis

  • Di TM ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
  • Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
  • Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
  • Orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana

WHY?

(a) bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu
(b) fahaman komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan (ateis)
(c) komunis menggunakan kekerasan dan kezaliman untuk mencapai sesuatu matlamat

3.1.2 Penubuhan Parti Komunis

  • Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan pada tahun 1930.
  • Tujuan PKM adalah untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya.
  • Kegiatan PKM
  • (a) telah melatih ramai kader (anggota baru sesebuah parti politik yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia) dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja
  • (b) mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
  • (c) menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
  • PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British
  • Buktinya;
    • Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
    • British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
  • Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin PKM ditahan
  • Komunis gagal bertapak di Sarawak.

PKM semasa pendudukan Jepun
  • PKM telah menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
  • Anggota PKM telah dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
  • Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun
  • PKM telah membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)
  • British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136.

PKM selepas Perang Dunia Kedua
  • Apabila perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British meminta MPAJA dibubarkan dan menyerahkan semula senjata mereka
  • PKM bersetuju membubarkan MPAJA
  • Sebaliknya PKM telah menyembunyi sebahagian daripada senjata tersebut
  • Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
  • PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

3.1.3 Keganasan Komunis

  • Pada tahun 1948, beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Calcutta, India.
  • Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
  • Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
  • PKM memulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah
  • Mereka menjalankan Aktiviti keganasan seperti:
(a) menyerang balai polis
(b) membakar kilang, bas
(c) merosakkan landasan kereta api
(d) membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British
Part II


3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis (kesemuanya hanya 7 langkah)

3.2.1) Pengisytharan Darurat
 Tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah telah dibunuh oleh komunis di Sungai Siput,Perak pada Jun 1948 Peristiwa ini menggemparkan pihak British. Sehingga pada Julai 1948, Pesuruhjaya Tinggi British mengistiyharkan darurat di seluruh Tanah Melayu Darurat bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu. British menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 di Tanah Melayu:a)Membolehkan kerajaan menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan komunis.b)Membenarkan pasukan keselamatan memindahkan penduduk ke penempatan baru, memagar kawasan kampung yang disyaki membantu pengganas serta menggeledah rumah kediaman.
3.2.2) Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri
 Pada 23 Julai 1948, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis MalayaBritish juga turut mengharamkan parti–parti yang memperjuangkan kemerdekaan secara berhaluan kiri seperti:a)Angkatan Wanita Sedar (AWAS)b)Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu(PETA)c)Pemuda Radikal Melayu(PERAM)d)Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM)e)Hizbul Muslimin
3.2.3) Memperbesar Pasukan Keselamatan
Pasukan Polis disusun semula dan diperbesar hingga keanggotaan pasukan polis bertambah seramai 70 000 orangKerajaan telah bertindandak memperbesar pasukan tentera polisBagi menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu, pihak British telah membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel, terutamanya Australia, New Zealand, Afrika Timur, dan Fiji.Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan tentera udara British

3.2.4 Rancangan Briggs

1.Rancangan Briggs: oleh SIR HENRY GURNEY
2.Leftenan Jeneral: SIT HERALD ROWDON BRIGGS dilantik menjadi Pengarah Operasi
3.SIAPAKAH YANG TERLIBAT?? 
- Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan --> penempatan baharu (Kampung Baru)
4.TUJUAN Rancangan Briggs
- menyekat $$ , maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis 
Tindakan ini BERJAYA melumpuhkan gerakan MIN YUEN 
5. Kampung Baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC) 
a) Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan untuk memastikan mendapat makanan cukup
b) pergerakan keluar masuk penduduk dikawal 24 hrs
6. Rancangan Briggs melancarkan program " Gerakan Kelaparan" 
TUJUAN: supaya komunis x dapat makanan , senjata, maklumat dan ubat 
Briggs menyokong Malayan Chinese Association (MCA) . MCA mengutip derma melalui jualan loteri kebajikan.Kutipan ini diderma kepada penduduk setinggan Cina di kampung baru. 
7) Sekatan jalan raya memaksa pengganas komunis keluar dari tempat penempatan untuk mendapat bekalan.
Oleh itu, memudahkan pasukan keselamatan menangkap mereka. 
8) Sistem pendaftaran kebangsaan : mengawal pergerakan penduduk. 
Syarat: <12 thn (mesti) dan diberi IC untuk membezakannya dengan pengganas komunis
9) Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM bercadang: 
a) mengurangkan kekejaman
b) berundur ke Thailand 

3.2.5 Perang Saraf


-rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen "memenangi hati & fikiran rakyat"
-Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British & Pengarah Gerakan di TM 
( mengganti Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bk Fraser )
Sir Gerald Templer telah menyedari penggunaan kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan berjaya menghapuskan komunis.


Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf
i. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”

• Dilaksanakan dengan jayanya 
• Penduduk pelbagai kaum bersama2 membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
• Penduduk membakar patung2 komunis

ii. Mengedar Risalah Menentang Komunis
• Risalah diedarkan ke seluruh TM 
• Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis 
• Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air

iii. Konsep “Kawasan Hitam” & “Kawasan Putih
• Kawasan hitam - kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif & dikenakan perintah berkurung
• Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi 
• Kawasan putih - kawasan bebas daripada ancaman komunis 
Contoh:- Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis & Negeri Sembilan 
• Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

iv. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina
• Tujuan – menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf 
• Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara TM
• Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat

v. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis
• Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis
• Contoh; -
- Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000 
- Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua 
- Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000 
• Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura 

vi. Peranan Sultan & Menteri Besar
• Sultan & menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah2 kerajaan menentang komunis 
• Contoh;- 
Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis. 
- Orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara 
Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga 
Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di TM 
• Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas 

vii. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan

• Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanansendiri di dalam hutan 
• Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut 



3.2.6 Pengampunan Beramai-ramai

3.2.7 Pertemuan Baling


3.3 Kesan Darurat

3.3.1 Politik

i. Undang-undang Darurat 1948
• Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis
• Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri
walaupun bukan berfahaman komunis
ii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan
• Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
• Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada
komunis
iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan
• Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf
berkerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu
• British berjanji sebelum Pertemuan Baling diadakan
• Tujuan British – supaya PKM tidak mempunyai alasan untuk
meneruskan perjuangan mereka
iv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
• Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri
dalam politik berhaluan kanan
• Kesan;
• Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaan
membanteras komunis
• Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan
terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina
adalah pengganas komunis

3.3.2 Ekonomi

i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
• Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat
menjalankan kegiatan harian secara aman
ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
• Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong,
kemudahan awam
iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
• Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
• Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000
sehari semasa darurat
• Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak
$721.9 juta bagi tujuan;
• Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan
pertahanan
• Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan
polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan
rakyat
v. Pembangunan Luar Bandar Terabai
• Kurang memberi perhatian untuk meningkatkan tarf hidup rakyat
dan lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru
• Kesan – pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian

3.3.3 Sosial

i. Kecederaan & Kematian
• Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis &
orang awam terkorban
ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
• Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun
• Penduduk sukar bergerak,sukar mendapat bekalan makanan
• Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan
• Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
• Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana
larangan perintah berkurung
• Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi &
keledek kerana catuan bekalan makanan
iii. Masalah Hubungan Kaum
• Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC)
atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
• Tujuan – mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu
iv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
• Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran
Tanah Melayu sendiri
• Tujuan – memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda
• Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat
memupuk persefahaman antara kaum

Pemasyhuran Kemerdekaan.

emasyhuran Kemerdekaan.

Pemasyhuran Kemerdekaan.
Pendahuluan 

31 Ogos merupakan detik yang amat penting buat negara kita. Pada tahun 1957, tanggal tersebut merupakan tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) seperti yang dijanjikan oleh kerajaan British dalam Perjanjian London pada tahun 1956. Setelah Suruhanjaya Reid selesai digubal dan seterusnya dikuatkuasakan, Malaysia sudah cukup sedia untuk mula berkerajaan sendiri. Maka, pada tarikh 31 Ogos 1957, negara kita secara rasminya diisytiharkan bebas daripada kuasa asing.

Satu pemasyhuran kemerdekaan dibuat khas untuk detik bersejarah itu bagi menunjukkan rasa bangga dan semangat patriotisme kepada tanah air yang dicintai. Pemasyhuran ini menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah pun dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya.





Perisitwa Pemasyhuran Kemerdekaan.
30 Ogos 1957.
Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah malam yang menandakan kemerdekaan negara. Apabila jam menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang berkibar di padang tersebut diturunkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan bendera British itu.
Perisitwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat negara dan mereka bersorak penuh kegembiraan sebaik sahaja bendera tersebut mencecah bumi. Mereka juga melaungkan “MERDEKA” untuk menandakan kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiang.

Bendera Union Jack diturunkan

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan






31 Ogos 1957.
Pemasyhuran kemerdekaan telah dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Uniknya, stadium tersebut hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan diadakan. Bangunan ini dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan dan ia telah melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka.
Ribuan rakyat datang membanjiri stadium tersebut. Setiap tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang sanggup datang jauh demi menyaksikan pemasyhuran ini. Di pentas khas, raja-raja Melayu yang segak dengan pakaian rasmi songket serta dipayungi dengan payung diraja, duduk bersemayam bagi menyaksikan pemasyhuran bersama rakyat jelata.
Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan upacara pada hari itu dengan menyampaikan ucapan Ratu England.Setelah itu, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah beratus tahun lamanya oleh penjajah. 


Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan (bakal Perdana Menteri yang pertama) tampil ke hadapan bagi membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Setelah selesai, Tunku kemudiannya melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali. Para penonton yang hadir menyahut seruan Tunku dengan melaungkan kembali seruan MERDEKA!. Semangat cinta akan negara membakar diri mereka ditonjolkan melalui suara lantang mereka menyambut seruan Tunku.
Di sini kami ada beberapa gambar yang dapat kami kumpulkan...

Akhbar Berita Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah Melayu


Akhbar Utusan Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan


Akhbar The Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan di muka depannya.

Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali.
Begitulah suasana di Stadium Merdeka pada pemasyhuran kemerdekaan 1957. Sesungguhnya, kemerdekaan negara ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan negaraserta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang berlangsung.