Belanda mula meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara melalui Syarikat Hindia Timur Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1602. Belanda telah mengukuhkan kedudukan politiknya di Indonesia. Antara punca kejayaannya ialah Belanda telah menjalankan dasar monopoli perdagangan di Kepulauan Melayu dan menghalau keluar kuasa Barat yang lain.
Belanda sedar bahawa Inggeris terutamanya bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di Indonesia. Seperti kata J.S. Furnivall, "Dari permulaan abad itu orang Inggeris, Walaupun mereka jauh lebih lemah daripada orang Belanda, sentiasa mengekori orang Belanda di Kepulauan Melayu seperti pikat mengikuti mangsanya". Dan Bernard Vlekkemenulis dalam nada yang sama: "pedagang-pedagang London mengikut jejak mereka yang lebih kuat ke mana sahaja mereka pergi dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan dari usaha penerokaan mereka". Belanja perang dengan Sepanyol yang membuat perdagangan Indonesia selamat bagi negara-negara Eropah sebelah Utara, adalah tanggungjawab Belanda, dan dari mana-mana Syarikat Belanda itu membuka pusat perdagangan orang Inggeris tentu akan mengikuti jejak mereka di Patani, Jambi, Jakarta dan di banyak tempat-tempat yang lain;(D.G.E. Hall.:1979:360). Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada tahun 1824, merupakan "turning point" bagi Belanda untuk menguasai wilayah-wilayah di Indonesia. Berbekalkan sikap inilah, Belanda telah dapat menguasai hampir seluruh Indonesia.
Akibat pemberontakan Dipo Negoro, kewangan Belanda di Asia Tenggara hampir muflis. Bagaimanapun, pihak Belanda berjaya mengatasi masalah itu apabila Sistem Tanaman Paksa yang mengerah tenaga rakyat Jawa menanam tanaman baru yang diperkenalkan dan dijual kepada pihak Belanda dengan harga yang murah.
No comments:
Post a Comment