Wednesday 1 August 2012

T4 BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA

A. Latar Belakang

a) Kedudukan geografi

           1.  Tanah Besar Asia Tenggara – Funan, Angkor, Chenla, Sukhotai dan Ayuthia

           2.  Kepulauan Asia Tenggara (Kepulauan Melayu)

I.    Semenanjung Tanah Melayu – Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka

II.  Kepulauan Indonesia – Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram

b) Bukti sejarah

           1.  Sumber bertulis

I.    Sumber dari China mencatatkan KangTai dan Chu Ying merupakan utusan China ke Funan, mengisahkan bahawa raja Funan ketika iaitu ialah Houen-Tien atau Kaundinya

           2.  Artifak arkeologi

I.    Seni arca yang dipengaruhi langgam seni arca Amaravati menunjukkan hubungan dengan India

II.  Artifak gendang gangsa Dongson di Vietnam Utara mebuktikan hubungan diplomatik dengan China

III. Artifak manik menunjukkan hubungan perdagangan dengan Rom

B. Bentuk-bentuk Kerajaan Awal

a) Ciri-ciri Kerajaan Agraria

           1.  Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan

I.    Tanaman utama ialah padi sawah yang di tanam di lembah sungai yang banyak bekalan air

II.  Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi yang kekurangan bekalan air dengan dibuat teres

III. Tanaman sampingan ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran

IV.Rempah ratus seperti bunga cengkih dan lada hitam

V.  Menternak lembu, kerbau, kambing dan ayam

           2.  Memungut hasil hutan dan hasil sungai

I.    Hasil tumbuhan seperti kayu gaharu, kapur barus, damar dan kayu cendana serta buah-buahan

II.  Hasil haiwan seperti tanduk, gading, kulit kura-kura dan sarang burung

III. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai

           3.  Terletak di lembah-lembah sungai seperti Dvavarati dan Sukhotai di Chao Phraya, Funan dan Angkor di Mekong atau lereng gunung berapi yang subur seperti Taruma di Tanah Tinggi Dieng dan Sailendra di Jawa Tengah

           4.  Mempunyai sistem pengairan yang baik

b) Kerajaan Angkor dan faktor kekuatannya

           1.  Kedudukannya berhampiran Tasik Tonle Sap

I.    Membekalkan sumber air minuman

II.  Membekalkan sumber air untuk pertanian padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi

III. Mendapan tanah yang amat subur yang dibawa oleh limpahan banjir tahunan Sungai Mekong

IV.Mempunyai iklim panas lembab sepanjang tahun untuk penanaman padi

V.  Membekalkan sumber protein seperti ikan

           2.  Kewibawaan Raja Indravarman

I.    Membina sistem pengairan dan baray (takungan air) untuk mengairi sawah padi dan sebagai air minuman

c)  Ciri-ciri Kerajaan Maritim

           1.  Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan

I.    Mengimport barangan mewah dari China dan India

II.  Mengeksport bahan mentah, bahan makanan dan hasil hutan dari kerajaan agraria

III. Menjalankan perikanan pesisiran pantai

           2.  Berfungsi sebagai pelabuhan

I.    Pelabuhan pembekal – berperanan untuk membekalkan bahan logam tempatan, hasil hutan, hasil laut serta bekalan makanan kepada pedagang yang bersinggah

II.  Pelabuhan kerajaan – pelabuhan pembekal yang telah berkembang sehinggamenjadi negeri apabila wujudnya kerajaan di situ seperti Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya

III. Pelabuhan entrepot – berperanan mengeksport hasil tempatan serta jajahan takluknya kepada pedagang antarabangsa dan sebaliknya mengimport barangan mewah dari mereka

           3.  Terletak di pesisir pantai (Funan), lembah sungai (Srivijaya di Sungai Musi dan Kedah Tua di Sungai Merbok) dan kepulauan (Tiumah di Pulau Tioman)

           4.  Penduduk berbilang kaum dan bahasa

I.    Terdapat orang tempatan, orang laut dan pedagang luar

II.  Menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca atau bahasa perhubungan

d) Faktor-faktor perkembagan kerajaan maritim

           1.  Kedudukan  yang strategik di jalan perdagangan laut antara China dan India, iaituSelat Melaka dan Selat Sunda

           2.  Pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan

           3.  Orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang unggul

           4.  Orang Melayu mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar

           5.  Orang Melayu mengetahui kaedah pelayaran berpandukan bidang astronomi

e) Kerajaan Funan dan faktor perkembangannya

           1.  Kedudukan pelabuhan Oc-eo di muara Sungai Mekong terlindung daripada tiupan angin monsun

           2.  Oc-eo mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik seperti tempat membaiki kapal, gudang dan tempat penginapan untuk pedagang

           3.  Oc-eo mempunyai kemudahan mendapatkan bekalan makanan dan air minuman

f)Kerajaan Srivijaya dan faktor kekuatannya

           1.  Memiliki bala tentera laut yang besar untuk mengawal perdagangan dan keselamatan di Selat Melaka

           2.  Mendapat khidmat orang laut dalam angkatan tentera lautnya

           3.  Mempunyai kedudukan yang strategik di Selat Melaka antara China dan India

           4.  Mendapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa dari jajahan takluknya yang luas

           5.  Mampu menghasilkan kapal besar

g) Kerajaan Kedah Tua dan faktor perkembangannya

           1.  Mempunyai hubungan dengan kerajaan Srivijaya

           2.  Menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke-5 M

           3.  Gunung Jerai menjadi panduan kapal terutamanya dengan nyalaan api pada waktu malam

           4.  Mempunyai kedudukan yang strategik di Selat Melaka yang terlindung daripada angin monsun

           5.  Mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik

           6.  Kaya dengan hasil hutan untuk diperdagangkan

h) Saling pergantungan antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim

           1.  Kepentingan kerajaan agraria kepada kerajaan maritim

I.    Membekalkan tenaga kerja seperti tukang kayu dan tukang batu yang mencukupi

II.  Membekalkan hasil makanan terutamanya beras

III. Membekalkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal

IV.Membekalkan binatang kenderaan seperti gajah

V.  Membekalkan hasil hutan untuk dieksport

           2.  Kepentingan kerajaan maritim kepada kerajaan agraria

I.    Membekalkan barangan mewah seperti tembikar dari China dan tekstil dari India sebagai lambang keagungan serta sumber kekayaan

II.  Menyediakan pelabuhan entrepot untuk mengeksport hasil makanan dan hasil hutan

III. Membekalkan sumber perikanan laut dan hasil laut

C. Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal

a) Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha

           1.  Penaklukan – golongan Ksyatria atau tentera dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara

           2.  Perdagangan – golongan Vaisya atau pedagang dari India yang menjalankan perdagangan dengan pedagang tempatan

           3.  Keagamaan – golongan Brahmin atau pendeta dari India yang datang ke Asia Tenggara untuk menjalankan upacara keagamaan

           4.  Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannyadisesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Pendapat ini berdasarkan jumpaan seni arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya di temui di Srivijaya.

I.    Pengambilan terus oleh pemerintah yang berbeza

i       Pada abad ke-5 M, Kedah Tua menganuti agama Buddha manakala Dieng di Indonesia beragama Hindu

ii     Pada abad ke-7 M, Takuapa dan Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu manakala di Sumatera dan Jawa, mereka beragama Buddha Mahayana

II.  Pengambilan melalui perdagangan

i       Perdagangan antara Asia Tenggara dan India wujud semenjak abad ke-5 S.M.

ii     Perdagangan dua hala berkembang apabila India sendiri berusaha mendapatkan emas dari Asia Tenggara disebabkan Maharaja Vespian dari Rommemberhentikan perdagangan emas dengan India

b) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

           1.  India memperkenalkan gelaran raja dan sistem beraja ke Asia Tenggara

I.    Dalam sistem beraja yang berbentuk piramid, raja berada di puncak pemerintahan. Seterusnya diikuti kerabat diraja, pembesar dan pendeta Brahmin. Mereka diikuti pula oleh rakyat biasa dan akhirnya ialah golongan hamba di bawah sekali.

II.  Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan

i       Meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara

ii     Perintah raja menjadi undang-undang

iii   Melanggar perintah raja bermakna menderhaka yang tidak boleh diampunkan

iv    Raja dikehendaki adil terhadap rakyat

III. Konsep dewaraja yang menganggap raja sebagai bayangan tuhan diperkenalkan

i       Dewaraja memiliki kesaktian yang diperkukuhkan dengan unsur mitos dan lagenda tentang asal-usul raja

IV.Pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja untuk mengukuhkan kedaulatan raja

i       Bertujuan untuk membezakan kedudukan raja daripada rakyat

ii     Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin

V.  Konsep orde kosmos

i       Negara dianggap sebagai suatu alam semesta

ii     Raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan

iii   Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan dharma

iv    Impian setiap raja untuk berkuasa terhadap seluruh alam semesta

v     Mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta seperti Angkor Wat di Kemboja

           2.  Kerajaan Angkor

I.    Raja Suryavarman II mengamalkan agama Hindu mazhab Vishnu

II.  Raja Suryavarman II membina Angkor Wat sebagai orde kosmosnya

III. Oleh itu, raja dianggap sebagai raja dewa dan berada di puncak sistem pemerintahan

IV.Raja dibantu oleh golongan pembesar pusat dan pembesar daerah

V.  Raja juga dibantu oleh pegawai tentera dan hakim dalam bidang pentadbiran

VI.Golongan Brahmin menjalankan upacara keagamaan

           3.  Kerajaan Srivijaya

I.    Raja mengamalkan agama Buddha Mahayana dan berada di puncak pemerintahan

II.  Seterusnya ialah pentadbiran pusat dan pentadbiran daerah

III. Pentadbiran pusat terdiri daripada anak raja yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra

i       Raja putra tidak boleh menduduki tahkta kerana merupakan anak gundik

ii     Anak raja dibantu oleh parvanda atau senapati, iaitu ketua pentadbiran pusat

iii   Parvanda dibantu oleh hakim, temenggung dan penghulu

iv    Hamba raja ialah golongan paling bawah

IV.Pentadbiran daerah diketuai oleh datu yang dilantik oleh raja

i       Parvanda ialah datu yang berketurunan raja

ii     Bhupati ialah orang-orang kaya

V.  Upacara angkat sumpah di Telaga Batu

i       Batu bersurat (Prasasti) Telaga Batu bertarikh 683 M di Palembang dan perigi tua

ii     Batu berusrat itu diukir ular tedung berkepala tujuh melambangkan payung melindungi tulisan

iii   Datu akan meminum air perigi yang disiram pada batu bersurat

iv    Tujuannya untuk menetapkan taat setia penuh kepada raja

v     Upacara ini diketuai Brahmin dan disertai doa sumpah bencana terhadap sesiapa yang khianat

c)  Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusateraan

           1.  Kesenian

I.    Monumen dan Akta di Malaysia

i       Monumen ialah binaan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting

ii     Contoh monumen ialah candi (kuil, wat atau stupa), arca dan patung

iii   Monumen di Malaysia yang melebihi 100 tahun tertakluk kepada Akta Benda Purba 1976

*       Monumen di bawah akta ini tidak boleh diganggu tanpa kebenaran Ketua Pengarah, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia

II.  Seni arca dan Patung

i       Jenis-jenis

*       Agama Buddha – patung Avalokitesvara

*       Agama Hindu – patung dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga

*       Jenis lain – patung Drawapala dan Nandiswara berfungsi menjaga candi daripada roh jahat

ii     Gaya

*       Campuran gaya Sarnath dari India dengan langgam seni arca tempatan – arca Buddha di Tapak 16 A, Lembah Bujang

*       Gabungan antara elemen India dengan elemen tempatan

à       Pengaruh Amaravati abad ke-5 M

à       Pengaruh Dinasti Gupta abad ke-7 M

à       Pengaruh lain seperti Pallava, Pala atau Cola

III. Candi

i         Kepentingan Candi

*       Monumen keagamaan agama Hindu dan Buddha

*       Rumah ibadat penganut agama Hindu dan Buddha

*       Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya

*       Tempat menyimpan patung dewa bagi kerajaan awal

*       Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya

*       Lambang orde kosmos atau alam semesta

à       Angkor Wat di Kemboja dan Candi Borobudur di Inodonesia

ii       Candi Borobudur

*       Menurut Casparis, ia berasal daripada nama Bhumisambarabhudara yang bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva” dalam aliran Buddha Mahayana

*       Ia mempunyai 9 tingkat yang dibahagikan kepada 3 tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna yang diwakili oleh stupa dan patung Buddha

*       Tingkat pertama mempunyai ukiran (relief) cerita kehidupan Gautama Buddha

*       Bahagian teratas melambangkan nirwana di mana manusia bebas daripada nafsunya

iii     Angkor Wat di Kemboja

*       Melambangkan orde kosmos atau alam semesta dalam agama Hindu

*       Terdapat tempat pemujaan di bahagian tengah setinggi 39 meter berteres empat tingkat

*       Terdapat menara di setiap sudutnya dan tembok batuan laterit serta batu pasir di bahagian luarnya

*       Epik Ramayana dan Mahabharata di ukir pada tembok tersebut

iv      Candi-candi di Lembah Bujang, Kedah

*       Dijumpai James Low, iaitu Superintendent Province Wellesley (Seberang Perai)

*       Namanya berasal daripada perkataan Bhujangga yang bermaksud ular (cobra) yang berasal daripada perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai

*       Ia disaliri oleh Sungai Merbok dan Sungai Muda

*       Terdapat banyak artifak seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik serta patung agama Hindu dan Buddha di samping pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan

*       Candi agama Hindu dibahagikan kepada bahagian vimana dan bahagianmandapa

à       Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan

à       Mandapa ialah bahagian luar

*       Candi agama Buddha mempunyai pelan jenis cruciform

           2.  Bahasa Sanskrit

I.    Batu Bersurat

i       Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang

ii     Batu bersurat Kutei menunjukkan keturunan raja manakala batu bersurat Sungai Mas berkait agama Buddha

iii   Sebahagain besar batu bersurat di Palembang mengandungi bahasa Melayu kuno

II.  Sebagai bahasa istana dan bahasa pemerintah

i       Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja supaya rakyat tidak menderhaka

ii     Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat

III. Sebagai bahasa keagamaan dalam upacara rasmi seperti upacara pertabalan raja

IV.Sebagai bahasa ilmu yang berkait dengan kitab-kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil

V.  Penyesuaian dengan bahasa Melayu

           3.  Kesusasteraan

I.    Bahasa Sanskrit sebagai bahasa ilmu dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil

II.  Epik-epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas menyumbangkan unsur mitos dalam kesusasteraan lama

i       Puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna

ii     Penceritaan lisan

iii   Teater seperti wayang kulit

iv    Hikayat-hikayat

*       Epik Mahabharata melahirkan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba

*       Epik Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nak TIPS untuk A Sejarah SPM! Banyak sangat fakta nak hafal, nak kena hafal semua ke? Sebab kalau penting je takut yg pelik2 masuk.

    ReplyDelete
  3. terbaik lah...nota ni..saya pun rujuk blog ni sebab esok ada exam sejarah paper 3..banyak esei kena buat and isi penting kena cari..hmmm penat nak salin ni..panjang sgt bak ang..sampai lenguh tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ni boleh buat persediaan awal untuk sejarah paper 3

      Delete
    2. Tq ni boleh buat persediaan awal untuk sejarah paper 3

      Delete
  4. Assalamualaikum...Saya mohon agar ilmu ini dihalalkan

    ReplyDelete
  5. sejarah is easy.. dr trial smpai spm A solid.. skrng dh 21 tk ingt dh apa belajar.. bukak balik sbb nk buat fyp universiti.. kene buat courseware..

    ReplyDelete
  6. aku umur 19 sepanjang aku hidup dari kecil sampai dewasa aku selalu A+ SEJARAH HAHAHHAHAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ta payah riak sangat .

      Delete
    2. Acctly siapa yg bgtau cmni dialah yg slalu fail😂

      Delete
  7. Thanks its really helpful😆....well sejarah is easy than you thought ...hahaha

    ReplyDelete