Wednesday 1 August 2012

Negeri-Negeri Melayu Utara Dan Johor Benteng Keselamatan British

  1. Menjelang akhir abad ke-19, British mula memberikan perhation terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.
  2. Negeri-negeri tersebut menjadi benteng keselamatan British di Tanah Melayu bagi menghalang kemaraan kuasa Eropah yang lain.
  3. Melalui Perjanajian Bangkok 1909, British berjaya meletakkan Negeri-Negeri Melayu Utara di bawah naungannya.
  4. Johor diletakkan di bawah naungan British pada tahun 1914.
  5. Penasihat British dletakkan di negeri-negeri tersebut bagi mengukuhkan penguasaan British.
  6. Pada akhir abad ke-19, kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika. Zaman ini dikenal sebagai zaman imperialis baru.
  7. British sebagai kuasa besar telah tercabar dengan zaman imperialis baru ini.
  8. Kuasa-kuasa lain seperti Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, dan Jerman sedang bersaing untuk mencari tanahh jajahan dan bahan mentah untuk kepentingan masing-masing.
  9. Negeri-negeri di Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah seperti Siam dan Tanah Melayu menjadi rebutan kuasa-kuasa imperialis ini.
  10. Keadaan tersebut amat membimbangkan pihak British, khususnya apabila British mengetahui rancangan-rancangan kuasa imperialis tersebut di Asia Tenggara, iaitu:
  • Perancis ingin menguasai Lembah Menam Chao Phraya dan menbina terusan di Segenting Kra;
  • Jerman ingin mendapatkan Pulau Langkawi dari Siam;
  • Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu;
  • Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang.

2 comments:

  1. Boleh saya tanya satu soalan?.
    Mengapakah negeri negeri melayu utara dan johor dijadikan benteng keselamatan? Saya harap pihak di sana dengan segera memberi jawapan..sebab saya sngat memerlukan jwapan dripada soalan ini..terima kasih

    ReplyDelete
  2. mengapakah rusia ingin membuka petempatan di ujung salang ?
    mohon penjelasan .

    ReplyDelete