Wednesday 1 August 2012

Faktor-Faktor Penjelajahan

Terdapat beberapa faktor yang memaksa orang Eropah melakukan penjelajahan. Desakan ekonomi berlaku apabila sikap ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur. Raja Sepanyol dan Raja Portugal banyak bertanggungjawab dalam usaha ini. Sepanyol banyak menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin namun mereka turut menjelajah ke Timur.

Sejarah menunjukkan pelayar Portugal lebih dahulu sampai ke Timur. Dalam pada yang sama, Portugal turut mempunyai kepentingan di Amerika Latin. Pelayar Sepanyol dan Portugal saling bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Keadaan ini telah menyebabkan pihak Paus di Rom mendesak agar satu perjanjian diadakan untuk menetapkan pengaruh masing-masing. Oleh itu, Perjanjian Tordesillastelah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada tahun 1494. Perjanjian ini telah menetapkan kawasan Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik berada dibawah penguasaan Portugal dan kawasan di sebelah baratnya di bawah penguasaan Sepanyol.

Terdapat beberapa orang pelayar yang terkenal pada zaman ini. Satu daripadanya ialah Christopher Columbus; orang Eropah pertama yang sampai ke Amerika (Kepulauan Haiti). Selain itu, Ferdinand Maggelan dikenali sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia. Beliau telah memulakan perjalanan untuk mengelilingi dunia namun beliau terbunuh di salah sebuah pulau di Filipina. Namun pengembaraannya telah di teruskan oleh anak-anak kapalnya dan mereka telah menamatkan perjalanan mereka ditempat permulaan mereka.

Perdagangan rempah ratus dan suteramendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang-pedagang Eropah. Oleh itu, rempah telah menjadikan faktor terpenting penjelajahan orang Portugal dan Sepanyol ke Timur. Sekiranya mereka berjaya mendapatkan barangan tersebut terus dari Asia, mereka akan memecahkan monopoli perdagangan Islam dan memperolehi untung yang berlipat kali ganda; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:99).

Selain itu, semangat menyebarkan ajaran Kristianjuga telah menjadi faktor dalam penjelajahan rakyat Portugal dan Sepanyol. Keadaan ini ditambah pula dengan pengaruh Gereja yang kuat oleh kedua-dua negara. Faktor ini dikuatkan lagi dengan Perang Salib yang telah menyebabkan orang Eropah mempelajari tamadun dan kebudayaan Timur; (Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan.:2001:544-545). Monarki baru juga merupakan faktor penjelajahan. Berlaku monarki baru di beberapa buah kawasan seperti di England, Perancis dan Belanda.

Di samping itu, perkembangan Rennaissance telah merubah cita-cita dan pemikiran masyarakat Eropah. Zaman ini telah menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme. Institusi gereja juga telah mengongkong rakyat yang menyokong pemikiran baru dan hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta kebebasan berfikiran manusia. Oleh itu, mereka telah mengembara untuk mencari ilmu di muka bumi ini. Maka, penjelajahan merupakan suatu yang penting untuk menunjukkan semangat kebangsaan bangsa;(Wan Abdul Rahman Latif et al.:1996:204). 

No comments:

Post a Comment