Wednesday 1 August 2012

Imperialisme Sepanyol

Penaklukan Filipina oleh Sepanyol menjadi senang disebabkan oleh tidak terdapat kuasa asing yang menentang mereka.Tidak ada kuasa politik yang cergas muncul di Filipina untuk menentang kemaraan Sepanyol. Demikian juga China, yang pada awal-awal lagi telah mengwujudkan perhubungan dengan pelabuhan Filipina, tidak mengambil langkah-langkah yang tegas untuk menentang kuasa-kuasa baru. Sepanyol telah menawan Manila pada tahun 1571. Untuk mendapatkan wilayah-wilayah selatan, kerajaan Sepanyol telah berunding dengan wakil Sultan Sulu supaya wilayah-wilayah di selatan diserahkan kepada Sepanyol; (Cesar Adib Majul.:1988:400). Menjelang pada tahun ke-19, seluruh Kepulauan Filipina telah dikuasai oleh Sepanyol kecuali selatan Filipina yang dikuasai oleh Kerajaan Islam.

Pihak Sepanyol tidak berjaya memungut hasil dagangan di Filipina seperti mana pihak Portugis di Maluku. Kepulauan ini sangat jauh dari pusat kuasa seberang laut Sepanyol dan juga dari negara Sepanyol, dan pihak Sepanyol hanya menghantar satu angkatan perdagangan setahun sekali dari Manila ke Acapulco di Mexico. Filipina sebaliknya menjadi pusat aktiviti agama Kristian. Mubaligh-mubaligh Kristian dan orang-orang Filipina selain puak Moros telah memeluk agama Kristian, dan agama Kriatian telah menjadi saluran kebudayaan Sepanyol berkembang di Filipina semasa pemerintahan mereka dari tahun 1571 hingga tahun 1898. Walau bagaimanapun, Sepanyol telah berjaya diusir keluar daripada Filipina oleh Amerika syarikat pada tahun 1898; (Joginder Singh Jessy.:1988:24-25). 

No comments:

Post a Comment