Wednesday 1 August 2012

Tokoh-Tokoh Penjelajahan

Marco Polo
Beliau berasal dari Venice, Italy. Ketika Marco Polo berusia 18 tahun, beliau telahpun diajak oleh bapanya, Nicolo dan bapa saudaranya, Maffeo Polo untuk ke Istana Kublai Khan di Khanbalik atau sekarangnya dipanggil Beijing. Mereka telah memulakan perjalanannya pada tahun 1271 M melalui pantai Mediteraanean, Turki dan melalui jalan darat. Mereka telah melalui "Jalan Sutera" dan melintasi Gurun Gobi. Marco Polo berserta dengan bapa dan bapa saudaranya sampai ke Khanbalik setelah mengembara selama 4 tahun; (Jayauddin Jamauddin.:2002:302).

Apabila mereka sampai ke Kahanbalik, mereka telah disambut mesra oleh Maharaja Kublai Khan. Baginda amat tertarik dengan Marco Polo kerana mahir dalam pelbagai bahasa. Selain itu, baginda juga tertarik dengan agama lain walaupun menganut agama Buddha. Dengan itu, beliau telah meminta Polo menghantarkan pesanannya kepada Pope (Ketua Paderi) supaya menghantar beratus-ratus paderi ke China. Selain itu, beliau juga telah meminta Polo membawa lampu ajaib yang tertanam di Jerusalem (Baltulmaqdis); (Anita Ganeri.:1999:4-27).

Oleh itu, Marco Polo telah dilantik menjadi duta dan ditugaskan untuk melaporkan segala peristiwa yang dilihat atau ditemuinya sepanjang tinjauannya di wilayah kepunyaan baginda iaitu di Shasi, Shensi, Acechuan, Yunan, India, Burma dan Sri Lanka. Setelah 17 tahun berkhidmat di Khanbalik, Marco Polo dan keluarganya mengambil keputusan untuk pulang ke Venice, Italy. Mereka telah belayar melalui Temasik (Singapura), Ceylon (Sri Lanka) dan Teluk Parsi. Beliau juga telah singgah ke beberapa tempat seperti Samudera dan Ferlec (Perlak).

Pada tahun 1925M, Marco Polo sampai ke Venice, Italy. Kepulangan Polo adalah kerana kerinduan bapanya serta bapa saudaranya terhadap kampung halaman. Di Italy, beliau pernah ditawan oleh orang Genoa dan sempat menulis tentang perjalanannya di China melalui buku "The Travel of Marco Polo" (Pengembaran Marco Polo). Namun kebanyakan orang Itali tidak mempercayai Marco Polo dan menggelarnya 'Marco II Milione' yang bermaksud 'orang seribu pembohongan" kerana tidak mempercayai cerita tentang wang kertas, percetakan, ubat bedil, abestos dan pembakaran arang; (Mahdi Shuid dan Saliza Saad.:2002:235).


Christopher Columbus
Columbus telah dilahirkan di Genoa, Italy pada tahun 1451M. Beliau merupakan orang yang pertama membawa berita tentang daratan yang digelar Amerika. Penemuan ini merupakan hasil pembaca buku yang telah ditulis oleh Marco Polo. Columbus mempercayai bahawa dunia ini bulat dan disebabkan ramai pelayar ingin mencari jalan mudah untuk ke India, China dan Jepun dimana pedagang boleh mendapatkan bekalan harian mereka. Oleh itu, beliau telah meminta bantuan daripada Raja Portugal namun tidak berjaya. Colombus meminta kebenaran kepada Raja Sepanyol pula dan akhirnya berjaya.

Pada tahun 1492, Columbus beserta 90 pelayar kapal telah menaiki tiga buah kapal yang dibiayai oleh Raja Sepanyol iaitu Santa Maria, Nina dan Pinta. Beliau telah melalui "Angin Dagang" yang mempercepatkan lalauannya. Pada 12 Oktober 1492, beliau telah menemui Kepulauan Bahamas, pantai Cuba dan kemudiannya Hispaniola yang disangkanya Kepulauan Hindia dan begitu dekat dengan Jepun. Di Kepulauan Hispaniola, kapal Santa Maria telah karam lalu dengan 2 buah kapal itu beliau telah kembali ke Sepanyol. Di Sepanyol, beliau telah dianugerahkan Laksamana Lautan Laut dan Wizurai Hindia oleh Raja Sepanyol, Raja Ferdinand; (Mahdi Shuid dan Saliza Saad.:2003:235-236).


Vasco da Gama
Beliau dilahirkan di Sines, Portugal pada tahun 1460. Pada tahun 1497, beliau mengembara dengan disertai oleh empat buah kapal kecil bersama 170 buah kapal. Beliau tidak melintasi Lautan Atlantik tetapi terus kepada Tanjung Harapan, selatan Afrika. Selama 3 bulan mengembara, beliau mendarat di utara Tanjung Harapan. Dari Teluk Mossel, dalam perjalannya ke India, da Gama belayar menyusuri pantai Afrika sambil berhenti dibeberapa tempat seperti Mombassa dan Malindi. Semasa merentasi Lautan Hindi, pada tahun 1498M, beliau telah sampai ke Calicut, India. Di Culicut (Kalikat), beliau telah berkenalan dengan Zamorin iaitu pemerintah Calicut dan telah menjalinkan hubungan dagang.

Dua tahun kemudian, beliau telah kembali ke Portugal dan membawa pula rempah-ratus dari India. Pada tahun 1502, beliau kembali ke India dengan 19 buah kapal dan membawa balik rempah-ratus. Kemudiannya, beliau bersara dari pelayaran namun kembali ke India sebagai Wizurai pada tahun 1524. Beliau telah meninggal dunia pada 24 Disember 1524 akibat demam panas.


Ferdinand Magellan
Ferdianand Magellan telah dilahirkan pada tahun 1480 di Sabrosa, utara Portugal. Beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang pelayar kerana pernah menjadi kelasi kapal di Kepulauan Maluku, Indonesia. Rancangannya untuk mengembara telah ditolak oleh Raja Manoel, Raja Portugal namun usulnya telah diterima oleh Raja Sepanyol. Pada tahun 1519, beliau telah bertolak dengan lima buah anak kapal iaitu Trinidad, San Antonio, Conception, Victoria dan Santiago.

Beliau telah menghadapi masalah dengan ketua-ketua kapalnya namun telah dapat diselesaikan dengan menghukum gantung terhadap salah seorang daripada ketua kapal tersebut. Perjalanannya yang sukar telah mengakibatkan satu kapalnya telah karam di lautan. Beliau telah sampai ke sebuah selat yang kini mengambil sempena nama beliau, Selat Magellan. Sepanjang 16 minggu di Lautan Atlantik, anak-anak kapalnya telah kekurangan makanan sehingga mereka sanggup minum air yang busuk, makan biskut lama, tikus dan kulit yang direbus kerana kelaparan. Ramai juga kelasi beliau yang mati akibat penyakit skurvi, penyakit berjangkit dan kekurangan vitamin C; (Anita Ganeri.:1999:6-15).

Namun, mereka telah tiba ke Pulau Guam dan mendapat bekalan makanan dari sana. Mereka telah meneruskan perjalanan mereka ke Mactan, Filipina. Akibat persengketaan di sana, Magellan telah dibunuh oleh penduduk tempatan di Zebu, Filipina pada April 1521. Tanpa membuang masa, Sebastian del Cano dengan anak kapalnya, Victoria telah kembali ke Sepanyol dengan hanya 18 orang anak kapal bersamanya. Namun, mereka mencatat sejarah sebagai orang yang berjaya mengelilingi dunia; (Mahdi Shid & Saliza Saad.:2002:234-238). 

No comments:

Post a Comment